10 August 2012

Menjelang Raya

Assalamualaikum..
hye blogger.,
tak sabar nak raya..huhu.baju dah settle..
tinggal nak balik kL ja..
rindu kat umah...
rindu kt family...
rindu kt kawan-kawan...
tak sabar nak balik minggu depan..
so nanti kan kepulangan ku..,
k bai...haha :)

5 August 2012

Cuti...

Assalamualaikum...
hari nie cuti....tak de buat ape-ape pon..
slide report dash siap..tinggal nak present je lagi next week...
nervous la pulak...hadoi...
raya dah nak dekat...puasa dah pon setengah bulan...
present ja belum agi settle...orang len dah settle dah...
ssrabot perot la...
klu dah settle nie teroz focus on topic len plak...
agak-agak la.. lulus ka tidak la internship aku nie...
penat okot 5 bulan habis kan tenaga mencari ilmu kt firma kerajaan...,
macam2 perkara baru aku jumpa,dapat n pikul..
so, pada yang nak mula internship tu, siap-sedia la mental and fizikal...
moga dapat buat yang terbaik.
kbai...:)
waalaikumsalam.

29 July 2012

Puasa At Perlis

Asslamualaikum

Wehoo...korang...dah lama tak update blog lepas sampai Perlis. Sebab busy sangat-sangat dah ni. Dengan presentation report Intership lagi. Kelab PRSP kembali dengan pack sangat aktiviti. So macam-macam la nak dibuat. Semalam baru je selesai program Tautan Ukhwah bagi ahli baru Kelab. kira orientasi la katanya. start dari pukul 8a.m until 7 p.m, but aku terpaksa keluar prgam kol 6p.m coz budak kelas buat majlis buka puasa dekat D'Dapur Ibuku Kangar. So kena la balik, tak dapat la makan bersama adik-adik yang lain. Tapi tak pe. Nanti kita buat majlis makan-makan lagi k.:) penat sangat-sanagt sepanjang aktiviti tu berlangsung. Aku sebagai bendahari program kena kutip deposit bagi sesiapa yang join program ni. dalam program tu berlangsung aku jaga kumpulan for explorace. Macam-macam yang diorang plan. pening jugak kepala aku nak ingat step-step permainan diorang tu...huhu. But semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. lepas pukul 4p.m kiteorang wat mesyuarat agung pulak. Nak lantik ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi nie. kiteorang nak buat pembaharuan. Latih ahli baru plan n jalankan program..yang senior sebagai pemerhati dari atas. Harap sesiapa yang dilantik tu dapat jalankan tugas dengan amanah dan saksama. Tu je yang aku nak update buat masa ni. Kalau ade masa lagi aku update lagi key...

salam.:) daaa...k bai.

9 July 2012

Contest Blog Comel + Awesome

Assamualaikum.

hye..korang..sbenarnya tak de keje dah nie sebab tu jadi blogwalking jap. Then, ternampak la pulak contest nie kt blog NisaSayaKinie. Korang yang sedang baca nie pon boleh masok jugak contest nie, nak mengisi entry korang tu. Sebelum nie aku ade jugak masuk, tapi tak da rezeki nak menang sebab blog nie tak la sehebat blog diorang yang cute miut itu. So aku pon mengahibskan masa di depan lappy nie nak bagi cute miut macam blog diorang. so nie la hasilnya yang tak seberapa..haha. Kalau korang teringin nak join, click je link Nisa kat atas tu ha.. Nie syarat-syarat dia:



SYARAT-SYARAT AM
  • Seorang Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai BLOG.
  • Wajib LIKE fanpage nisa  dan FOLLOW BLOG NisaSayakinie danEyahRazie
  • Wajib FOLLOW BLOG dan LIKE FANPAGE sponsors.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  • Buat satu entri bertajuk " Contest Blog Comel +Awesome " berserta Banner.
  • Tag 3 orang atau lebih.
  • Komen link entri korang bukan link blog korang dekat entri ini.

SENARAI HADIAH



Hadiah-Hadiah Giveaway ;




6 July 2012

Its getting better :)



Assamualaikum..

Weho..hoho..(gelak ala ala sinchan) hahah. Dah sihat, mula la. sakan gelak. Alhamdulillah, kesihatanku semakin baik. Lepas makan nasi je, paksa diri untuk makan ubat. Dan sebenarnya aku paling tak suka makan ubat..huhu. Tapi demi nak kuar bersakan-sakan membeli belah dengan akak tomorrow, so kena la sihat walepat liat kan. Aku rak suka makan ubat, tapi PERIA boleh pulak aku telan. Pelik kan. walaupun dua-duanya rasanya sama, tapi aku tahu membezakan ubat dan makanan lain..huahua. Ada satu hari tu aku mintak ubat kat mak aku,

A : mak ade ubat cair tak, susah la nak telan...tekak kecik,bengkak...huhu:(
M : mana ade ubat cair, antibiotik ade la..dah besar-besar pon takot makan ubat lagi..

Kena sebijik kau..umur dah lanjut ke?? hahah,still takut makan ubat lagi. kekadang tipu-tipu makan ubat, kemam je kat mulut. last-last tak tahan buang senyap2...hahah.. korang jangan tiru cara nie ea. Bukan lagi elok. lagi demam ade la, sebab takot sangat nak makn ubat.. Apa-apa pon time kasih kat My C**** sebab baik dengan saya. siap nak buat sup lagi. haha...padahal jaoh nuh sana...:)





5 July 2012

i'm not feeling well



Assalamualaikum


Tak sihat ari nie. dengan flu lagi. Rimasnya. huhu...baru balik dari Celcom Centre bayar broadband. Dalam kereta dok senyap je. Tak bercakap apa-apa. Ini la kejutan buat semua. Kalau tidak, ade je yang aku nak tanya, cerita cakap. huhu. Senyap habis satu rumah nie. Tanpa diiringi dengan suara aku nie. Yelah dah sakit, senyap je la. Makan ubat pastu baring je kat bilik. Tak tahu dah nak buat ape. Last-last day macam nie la pulak nak sakitnya. lagi beberapa hari aku nak balik Perlis dah. 

# Hope temperature badan turun la ea. 

K bai :)



4 July 2012

Please...

Assalamualaikum..

Hmm..hari nie mood tak berapa ok..sorry kalau ade menyakiti hati orang lain. Mintak maaf sangat-sangat. Kepala tengah serabot. Mind tak berapa betol sikit. Sorry termarahkan sesiapa. Tak da niat pon sebenarnya. Geram je. Ntah la. Sesiapa tak kan paham pon. sebab aku nie jenis tak suka nak bagitahu masalah aku kat orang. Biar settle sendiri je. Aku cuba jadi yang terbaik untuk semua orang. Tapi jangan push aku. Mula la harta benda sendiri hancur kena baling. Tu je cara nak lepas geram. So tolong la, jangan kacau selagi tak bagitahu. mintak maaf sangat. Leave me alone..



k bai.

26 June 2012

Hati



Hati..kenapa rasa macam ni.sebenarnya tak suka la bila hati jadi macam ni..Sume benda yang kita buat ade je yang tak kena..itu ini sume rasa salah je.. Memang susah nak di gambarkan rasa hati ni.. Tapi yang tu la aku tengah rasa sekarang ni.. Bila hati jadi macam ni, ade ke orang nak ambil kesah?? lagi tak paham ade lah.. Buat lagi sakit hati.. Kenapa la macam ni jadinya.. banyak masalah semua boleh settle cara baik.. Tapi kenapa ambil jalan yang susah.. Tak paham la.. Jalan yang diambil tu sebenarnya membuatkan hati ni bergerak untuk STOPP!!! so i'll choose my way..


# Allah please give me strength till i get spirit back...


24 June 2012

i'll come


aku akan datang..
tapi dalam mimpi kau saja..
masa sudah berlalu..
tak akan berpatah kembali..
mengejar apa yang diharapkan.
harapan yang menggunung tinggi..


aku akan datang..
bila saat gembira bertemu..
gembira membawa pada yang tinggi.
tapi kau tetap duduk disitu 
mengingat kisah lama.
 datang kembali nostalgia dahulu..

aku akan datang..
apabila kau sudah mencari bahagia..
bahagia yang kau cari selama ini..
janganlah kau persiakan...
kerana ia melihat kau..
yakin pada sinar yang datang..
ia telah membawa kebaikan..
buat mu.. 

aku akan datang..
datang hanya dalam mimpi..
mimpi yang tak akan menjadi realiti.
realiti hanya yang MAHA mengetahui..
kita hanya mampu merancang..
jangan mengharap lagi..
kerna aku perit mendengarnya.



Nukilan buat yang paham ...:)


Mood Happy





Hi korang semua. mood malam ni happy je. haha sebab sudah kenyang makan, sudah siap proposal bulan puasa.weehu...haha :) happy jugak sebab aku and si dia sudah hampir 4 tahun..4 tahun tu bukan senang kot nak dipertahankan..makin lama makin aku mula mengenali dia. dia selalu buat aku ketawa dengan telatah dia yang menyayat hati..kekadang buat aku sakit hati jugak..selalu aku je yang mengalah,. tapi tak pe la. asalkan dia gembira. tapi kekadang je la.. dia ni suka makan..aku tak sangat.. haha..aku ingat lagi. ada satu hari tu aku pegi penang jumpa dia, and then dia bawak pegi jalan, tengok wayang. aku punya lah lapar.. pagi tak makan ape-ape terus pegi komtar, minum air ice lemon tea je.. sebab belum lapar lagi...bila dah lapar terus keluar and makan kat gerai tepi laut. sebab teringin nak pijak pasir laut. tapi tak kesampaian. dapat makan tepi laut pon jadi la..haha..bila dah makan. terus gerak pegi megamall penang. tgk wayang.. time tu pulak aku lapar makan lagi burger pulak.. dah kenyang. jalan-jalan cuci mata kejap. pastu sebelum balik singgah kedai kak Ann pulak.. aku makan lagi sebab lapar tengok dia makan. order tomyam and ikan bakar. licin tu makan. last-last balik umah semput pulak..haha. tu la nak sangat makan banyak-banyak kan dah semput. selamat mak dia pandai urut,.haha.. tu la kejadian aku tak boleh lupa. so ingat la makan ikot tahap kekuatan diri. kalau tak.nahas la. tak bernafas aku di buatnya. tu kenangan aku sepanjang 6bulan tak jumpa nie. aku kat KL. dia kat Penang. berhubung melalui Phone je la.. tapi aku tetap happy sebab kiteorang masih lagi berhubung..lagi 2 minggu je nak balik Perlis sambung pengajian aku kat sana as a senior semester 5. pejam celik dah setaun setengah aku belajar kat sana. aku pon tak sangka dapat politeknik yang sama dengan dia dulu.. mula-mula aku susah nak belajar bila dia ade depan mata, tapi anggapan aku salah. aku lebih bersemangat bila dia ade depan mata aku. tak payah la aku banyak pikir sangat.. dia la My Cinta..

Rindu masa nie..uwawawa..








21 June 2012

It already done!


Yahoo..:) semuanya sudah selesai. sekarang ni report practical aku dah selesai dah. fully oke. dah tak ada yang sangkut-sangkut lagi da. nie semua berkat keazaman aku menyiapkan before pegi hangout dengan BFF aku tu ha. banyak jugak la cabaran yang aku dapat masa praktikal and masa nak siapkan report nie. tapi kan lagi satu kerja pulak la yang datang. hadui, tak pe la\, berkhidmat untuk PRSP. aku kena wat proposal untuk kelab PRSP. buat time bulan ramadhan nanti. aku and my Cinta dah decide nak amik seminggu untuk program ni. kami decide nak temanya semarakkan ramadhan al mubarak. bila dah dengan temanya, of course la kena berganding dengan kelab Rapi Politeknik. setakat ni tak da masalah sangat pon nak join dengan diorang tu. lagi pon member my Cinta ramai budak Rapi. so senang la. proposal dah 70% siap. just nak buat bajet, organisasi, and tentatif ja. so sekarang aku nak sambung buat proposal tu ha. sebelum tu layan dulu lagu nie. Zamani feat Syarifah Zarina...fuhh best giler. dengar je kt radio semalam terus download kot..haha :) so enjoy this song..



19 June 2012

Tengah malam ke?

Hye korang. entry hari nie dibuat sebab dah tak tahu nak buat ape selain tengok facebook. haha. tengahari tadi aku pegi Curve sorang-sorang. haa.actually aku nak post barang kat my Cinta tu ha. last sem aku bawak baju dia dia balik.cadangnya nak outer la ka. tapi bila dah balik malas la pulak kan.dengan nak peaktikal lagi. tak da masa nak outer. so buat pekasan je la baju tu ka dalam beg tu ha. baru nie pulak dia mintak balik sebab dia nak pakai for camp young leader under poli 1 Malaysia. katanya. so aku pon post je la. 

Sampai-sampai je,nah kau beratur panjang, dengan siap ade troli lagi. abang tu nak post barang satu rumah ke ape tah. haha. biarkan je la. lepas dah mintak borang so isi la borang tu kat tepi. (sebelah orang kulit hitam la pulak) kerabat dia ramai pulak zaman sekarang ni kan. jadi rimas pulak aku bila dikelilingi dengan diorang tu. so aku cepat-cepat isi then bla dari situ. so settle. ap lagi jalan-jalan la. pegi cuci mata sekejap kat F.O.S. beli la baju sehelai dengan tali pinggang. cadang nak beli jam tapi tengok takde yang berkenan la pulak. dah puas berjalan. so balik la.

Tetibe terserempak pulak dengan Nurul Wonder Wardrobe at depan butik Love it. tak tegor pon.terperasan dia pon sebab before pegi Curve tu tengok tv Malaysia Hari ini. live dia gan Farah CalaQisya. haha.lawa jugak dress dari Wonder wardrobe yang dia pakai tu kan. haha ape-ape pon aku dah gantok so nak tido da. daa. salam

17 June 2012

Virus malware melanda blog!!


hye..sume. hahah. sukanya aku. blog aku dah bebas dari serangan malware yang tutt itu. geramnya aku bila bukak blog guna chrome tak boleh. n then dapat taw yang blog aku kena virus malware dari salah seorang blogger yang aku follow aku. sebenarnya blog aku bukan kena malware, tapi blog sorang tu yang kena, dia plak follow aku. memang kena lah blog aku. dah try scan blog aku, CLEAN taw blog aku. huahuahua. dengan sepantas kilat apa lagi aku search google cari macam mane nak buat. muka time tu dah masam mencuak habis. kalau korang berada dalam situasi ni mesti korang serabut ka. dengan pikir pasal follower korang tu kan. walaupun follower aku tak seberapa banyak macam blog korang, tapi sayang beb. aku sentiasa mengikuti perkembangan blog mereka. selamat aku tak mengambil tindakan drastik padam blog nie. kalau tak megigit jari la gamaknya. huhua. 

thanks a lot sangat kat Puanbee sebab tolong najwa. heheh. senyum kembali bersinar huahuahua. antara blog yang aku lawat masa nak pulihkan balik blog aku nie  :-
  1. mama adam(nie untuk unfollow blog yang ade virus !!)
  2. Life kami (nie untuk nak detect blog kita kena virus or tak)
  3. Nur hafizah (sebab share link tutorial yang banyak untuk buang malware)
  4. mr.right (share pasal buang malware jugak)
thanx korang sume..ngeee...so sekarang kembali macam biasa mengupdate blog dengan senang hatinya :)

7 June 2012

Report ohh report

Hewo,hewoo . haha . tu maknanya sedang pening . sebab tengok lappy lama sangat . start last week lagi aku sudah mula menaip-naip apa yang patut untuk report . dalam plan aku this month seharusnya aku siap before nak keluar date dengan BFF aku tu haa . diorang kata nak keluar hujung bulan ini . so kena la siap-siap . nanti boleh la bermalas-malasan dekat rumah . huahua . report tu dah suap 70% kau . dari 20% aku dah boleh up sampai macam tu sekali . ini semua sahaja aku buat awal-awal, nanti senang kalu ada ape-ape hal, boleh edit sikit-sikit je . tak gitu kau . kebiasaannya aku selalu buat waktu malam saje . sebab tengahari sampai petang aku menyebokkan diri dengan berfesbook-ing n berbelog-ing . haha . tapi tak la selalu . jarang-jarang je . kalau tengag buat report, no internet k . kalau tak, memang tak jalan la kejenya . ok la . perot rasa lapor la pulak kan . 
# daa sume!!

6 June 2012

Contest : Blog Paling Awesome



Hye semua. Hari nie 1st time join contest. Awesome!! 
Mula-mula saje je join sebab nak blog nie meriah cikit. Suram je,haha :) 
Anyway sori la kalu blog nie tak seberapa cantik dari blog anda semua, 
tp saya tetap berusaha nak jugak jadi cam blogger yang lain.
blog nie sebenarnya inspire by my bff
hehe. suke bace blog die walaupun simple but nice beb!!
dan suke tinjau blog nie sebab banyak story.
she's my fren punya aunt.:)
Bila dah baca nie, jemput-jemput la follow dan tinggal jejak anda.
sape-sape yang nak join pon boleh.
klik page dekat atas tu ha. Senang je kan.
dan merepek la ape korang nak merepek...
now, saya dah habis merepek di sini
ok, daaaa. :)

28 May 2012

Gaduh + off Phone= Sayang

Hari ini sangat la tak tahu nak buat ape. Just buat report jela kan. Malam tadi misunderstanding sikit dengan si dia. Sumpah aku marah. Grrr. Masalah tu memang dia yang cari pon kan. Dah tahu aku ni memang tak suka kalau dah message tak reply. Urgent tu boleh excuse la kan. Tapi yang sampai tak pick up phone tu ape citer. Better tak payah ade phone!! Try la kalau busy sangat tu send a message. ini takda langsung. So ape lagi, switch off phone la. :) Cara yang terbaik nak bagitahu dia yang aku nie tengah betol-betol marah. Jangan main-main k. Pernah sekali tu aku off phone a week taw. tu memang dah tak boleh nak dinafikan la time tu aku rasa macam disappear of love. Jahatkan, tapi bila pikir-pikir balik tak la jahat sangat buat dia macam tu. Coz benda tu nak menunjukkan yang aku nie tengah protest. Hmm. Cuba la dia alert sikit dengan sikap aku nie. Takkan always nak bagi hint ja baru nak jalan.Adeh mau feningg lalat dibuatnya aih.. huhu. tapi ingat satu benda nie, Gaduh tu tanda sayang. tapi pandai-pandai bawak diri ye.
# salam dan renung-renungkan.:)

24 May 2012

Lapar..:)

Assalamualaikum.
 Hai semua. Lapar nye. Actually aku tak makan ape-ape pn lagi dari pagi tadi. Sangat la berbunyi perut nie bekeroncong abis. Alamatnya makan lunch bawak ke evening la gamaknya haha. Ari nie aku dah balik umah untuk kesekian berjuta-juta kali. Alhamdulillah aku baru je habis buat practical kat MPS. Sedih sungguh bila terkenang kembali saat perpisahan kiteorang nie. Penuh dengan suka duka, pahit manis bergelar practical student. A lot of challenges aku kena tempuh. Tapi setakat nie tak da berat sangat. Saje je wat semak kepala nak solve problem tu. Finally aku berjaya dapat sijil practical kt sana. Now busy buat report pulak. Adehh, malas la nak buat. Bayangkan la tup-tup lecturer mintak awal, mau gila aku dibuatnye. Dah la baru siap bab 3. Tapi jangan main-main, bulan 7 bukan lama mana pun.pejam celik dah tiba untuk submit. Now dah tak tinggal kat umah sewa da. Rasa rindu la pulak dengan diorang tu. Baru menetap 5 bulan. Rasa cam dah kenal lama. Kepala kiteorang cepat masok. haha., boleh gelak-gelak. :)  bila lagi kita akan berjumpa.jalan-jalan lagi. Insyallah. :)


only girlzzzz...:)
kak sya ,kak sally , and wawa


so sweet. muaxx.









Malam yang hening

Assalamualaikum,
Errm..
Rindu,,,,
Apa ade dengan rindu.
Perlu ke ade dalam setiap manusia??
Sememangnya perlu...
Rindu kita sebenarnya perlu lebih banyak pada Allah dan Rasul..
Tapi zaman sekarang dah berubah.
Rindu lebih banyak kepada manusia.
Renung-renungkan..
Cuba perbaiki diri.
Dan statement nie juga membuatkan aku lebih beringat untuk memperbaiki 
diri jadi lebih baik dari sebelum ni. :-*
Insyallah

13 May 2012

Happy Mother's Day 2012

Assalamualaikum...
Hari nie ari ibu. Selamat hari ibu buat bondaku yg tersayang, Fazidah Zainab binti Sapran. Moga sihat selalu. Aku memang tak bleh lupa malam td, mak tetiba sakit yang teramat sangat. risau jgak aku. Actually mak sakit batu karang. Tapi dulu dah pecahkan dah batu tu dengan laser. Tapi tak taw la pulak dia tumbuh balik. Emergency sangat time tu. Ayah teruz panggil aku kat bilik soh papah mak bawak turun pegi kat kereta. Mak cakap sakitnye ase cam nak putus pinggang. Dengan tak semena-mena air mata aku mengalir. Tak da sapa aku nak mengadu time tu. BF plak off fon. Time tu memang geram gila-gila. Hurm..Lepas sampai klinik panel, doktor plak solat. kena tunggu setengah jam. Air mata aku tme tu berguguran, tengok kesakitan mak. Mak ngadu sakit perut dari petang lagi sebenarnya. Time aku gan mak pegi Giant beli barang sikit. Ingatkan sakit perut biasa, rupanya melarat sampai malam. Nak pitam la jugak. Kelam kabut dibuatnya. Masa nak tunggu doktor tu, aku dah nek angin dah lama sangat nak tunggu , dah la emergency. nak je aku soh ayah pegi hospital terus. Tapi terpaksa tunggu jugak sebab tu klinik panel, tak payah bayar. kalau admitted kt hospital mau kena bayar. huhu..bila doktor dah panggil, terus aku papah mak masuk sekali dengan ayah. Kena injection 2kali. So ialng sikit redanya. selamat dah ok lepas balik umah tu. aku dengan tak bawak IC nye terus gerak pg. selamat tak kena saman. Kalu tak satu lagi masalah saman.huhu. tu la kisahnya hari sebelum mother's day aku kat umah taun nie.tak kan aku lupakan.:'(

My parent's
LOVE U

22 April 2012

Tunggu masa.

Assalamualaikum.

Hai semua, sekarang nie tengah tunggu masa nak balik selayang je. Boring la pulak nanti kat umah.  Brodband tak bayar lagi. Tak boleh online la. Kalau balik umah je baru boleh online. Banyak dalam kehidupan aku sekarang nie bermula dengan title TUNGGU MASA.

Practical kt Majlis Perbandaran Selayang tinggal tunggu masa ja nak abis. Agak-agak dalam tiga minggu je lagi nak abis. Rindu la nanti ngan kakak and abang-abang kat ofis tu. Diorang nie sanagn happening giler. Ngan Penyelia yang sporting abis. Memang kalau ade rezeki aku lepas graduate nanti cam nak mintak je keje kat situ...Tapi kalau dapat la kan. minggu depan kak Ina and kak Ida dah nak out. Makin berkurang la nampaknye budak praktikal kat sini.

Pejam celik dah nak abis. Tapi report tak mula-mula lagi. Banyak pulak tu nak kena buat. Empat bab, hambik kau. Mula-mula excited la nak buat. Tapi bila dah belambak keje kat ofis tu, so balik-balik je umah, tidor dulu nak refresh mind, Bangun terus siap-siap masak makan malam. Baju kalau rajin dua minggu sekali aku gosok. Tapi kalau dah malas tahap gaban, setiap malam sebelum tido la jawab nye kena gosok. Tu pn ala kadar je gosok hehe.

Bila dah abis nanti tunggu masa je la nak masuk poli. Tak mau masok lagi. Rindu kat umah. Report pun baru ciput ciap. Dah nak masok poli. Nanti ade interview la plak gan Lecturer. Harap-harap la lepas kan. Balik umah selayang nanti nak siapkan report harian pulak. Dah postpone seminggu dah nie. Biasa la, terlalu rajin la katakan.

Ok la, nak kemas barang utk berangkat pulang selayang. Bye Damansara!!