28 May 2012

Gaduh + off Phone= Sayang

Hari ini sangat la tak tahu nak buat ape. Just buat report jela kan. Malam tadi misunderstanding sikit dengan si dia. Sumpah aku marah. Grrr. Masalah tu memang dia yang cari pon kan. Dah tahu aku ni memang tak suka kalau dah message tak reply. Urgent tu boleh excuse la kan. Tapi yang sampai tak pick up phone tu ape citer. Better tak payah ade phone!! Try la kalau busy sangat tu send a message. ini takda langsung. So ape lagi, switch off phone la. :) Cara yang terbaik nak bagitahu dia yang aku nie tengah betol-betol marah. Jangan main-main k. Pernah sekali tu aku off phone a week taw. tu memang dah tak boleh nak dinafikan la time tu aku rasa macam disappear of love. Jahatkan, tapi bila pikir-pikir balik tak la jahat sangat buat dia macam tu. Coz benda tu nak menunjukkan yang aku nie tengah protest. Hmm. Cuba la dia alert sikit dengan sikap aku nie. Takkan always nak bagi hint ja baru nak jalan.Adeh mau feningg lalat dibuatnya aih.. huhu. tapi ingat satu benda nie, Gaduh tu tanda sayang. tapi pandai-pandai bawak diri ye.
# salam dan renung-renungkan.:)

24 May 2012

Lapar..:)

Assalamualaikum.
 Hai semua. Lapar nye. Actually aku tak makan ape-ape pn lagi dari pagi tadi. Sangat la berbunyi perut nie bekeroncong abis. Alamatnya makan lunch bawak ke evening la gamaknya haha. Ari nie aku dah balik umah untuk kesekian berjuta-juta kali. Alhamdulillah aku baru je habis buat practical kat MPS. Sedih sungguh bila terkenang kembali saat perpisahan kiteorang nie. Penuh dengan suka duka, pahit manis bergelar practical student. A lot of challenges aku kena tempuh. Tapi setakat nie tak da berat sangat. Saje je wat semak kepala nak solve problem tu. Finally aku berjaya dapat sijil practical kt sana. Now busy buat report pulak. Adehh, malas la nak buat. Bayangkan la tup-tup lecturer mintak awal, mau gila aku dibuatnye. Dah la baru siap bab 3. Tapi jangan main-main, bulan 7 bukan lama mana pun.pejam celik dah tiba untuk submit. Now dah tak tinggal kat umah sewa da. Rasa rindu la pulak dengan diorang tu. Baru menetap 5 bulan. Rasa cam dah kenal lama. Kepala kiteorang cepat masok. haha., boleh gelak-gelak. :)  bila lagi kita akan berjumpa.jalan-jalan lagi. Insyallah. :)


only girlzzzz...:)
kak sya ,kak sally , and wawa


so sweet. muaxx.









Malam yang hening

Assalamualaikum,
Errm..
Rindu,,,,
Apa ade dengan rindu.
Perlu ke ade dalam setiap manusia??
Sememangnya perlu...
Rindu kita sebenarnya perlu lebih banyak pada Allah dan Rasul..
Tapi zaman sekarang dah berubah.
Rindu lebih banyak kepada manusia.
Renung-renungkan..
Cuba perbaiki diri.
Dan statement nie juga membuatkan aku lebih beringat untuk memperbaiki 
diri jadi lebih baik dari sebelum ni. :-*
Insyallah

13 May 2012

Happy Mother's Day 2012

Assalamualaikum...
Hari nie ari ibu. Selamat hari ibu buat bondaku yg tersayang, Fazidah Zainab binti Sapran. Moga sihat selalu. Aku memang tak bleh lupa malam td, mak tetiba sakit yang teramat sangat. risau jgak aku. Actually mak sakit batu karang. Tapi dulu dah pecahkan dah batu tu dengan laser. Tapi tak taw la pulak dia tumbuh balik. Emergency sangat time tu. Ayah teruz panggil aku kat bilik soh papah mak bawak turun pegi kat kereta. Mak cakap sakitnye ase cam nak putus pinggang. Dengan tak semena-mena air mata aku mengalir. Tak da sapa aku nak mengadu time tu. BF plak off fon. Time tu memang geram gila-gila. Hurm..Lepas sampai klinik panel, doktor plak solat. kena tunggu setengah jam. Air mata aku tme tu berguguran, tengok kesakitan mak. Mak ngadu sakit perut dari petang lagi sebenarnya. Time aku gan mak pegi Giant beli barang sikit. Ingatkan sakit perut biasa, rupanya melarat sampai malam. Nak pitam la jugak. Kelam kabut dibuatnya. Masa nak tunggu doktor tu, aku dah nek angin dah lama sangat nak tunggu , dah la emergency. nak je aku soh ayah pegi hospital terus. Tapi terpaksa tunggu jugak sebab tu klinik panel, tak payah bayar. kalau admitted kt hospital mau kena bayar. huhu..bila doktor dah panggil, terus aku papah mak masuk sekali dengan ayah. Kena injection 2kali. So ialng sikit redanya. selamat dah ok lepas balik umah tu. aku dengan tak bawak IC nye terus gerak pg. selamat tak kena saman. Kalu tak satu lagi masalah saman.huhu. tu la kisahnya hari sebelum mother's day aku kat umah taun nie.tak kan aku lupakan.:'(

My parent's
LOVE U