16 October 2012

Alor Setar :)

Assalmualaikum.

hye reader..Hari ni baru berkesempatan nak rilex dalam bilik. Haha baru je balik dari teman my Cinta makan kat admin. Huhu., erm Hari ini entry bertajuk di atas ok.. Let start on 2 weekend ago aku ngan si dia, pergi jalan-jalan pusing Alor Setar.. Dah lama tak spend time bersama. selalunya ade pengikut setia kami, but hari itu juz kiteorang berdua je. Gi "dating la senang cakap...haha.Siap kuar senyap-senyap lagi tu dari bilik. N letak note kat roomate,"Aku kuar dating dengan ewan tau" hahah. Tak penah-penah nak wat note kan.biasanya mesej je..hehe..lepas keluar je dari Perlis, terus menuju ke Changloon pegi makan dulu..menu pagi tu makan nasi arab yang tak berapa nak ARAB sangat...macam nasi kandar je tengok.. Punya la mahal. ayam seketul rm3...tak beragak la kan..macam makan kat KL je harganya..sedar-sedarlah pakcik kedai,ini utara, bukan KL...huhu...hambek kau 2orang makan 13 ringgit..padahal aku makan telur dengan sayur je..hmm..Tapi dah my Cinta kata makanan tak elok "Berkira" so ye kan jela.. Walaupun dalam hati membara jugak ..huh

lepas makan terus bergerak ke Alor Setar..mula juz jalan-jala je..tetiba la pulak aku nakmpak bangunan alor setar yang tak berapa nak tinggi tu kan.teringin nak naik..So dengan hati yang terlalu excited nak naik,buat-buat muka la...haha.. Apa lagi,cik abang pon turutkan je la kerenah buah hatinya yang seorang ini??. ye ke.. haha insyallah sorang je la buah hati pengarang jantung dia tu.. lalalala..

Bila dah sampai cari parking 3 4 kali jugak la sampai nak tukar plan dah pegi tempat lain, berkat kesabaran si dia, finally dapat jugak park kereta..huhu..rupanya ada exhibition kat situ, Tu yang parking penuh. Karnival pameran Usahawan Muda.. Masuk je dalam rasa kosong je. rupanya dia berpusing, belah sana ada counter tiket untuk naik atas tengok keindahan Alor Setar.

Bangunan tu tinggi dia 165.5m (543ft) tapi hanya dapat naik takat 88m (288.71ft) je..bahagian view...kalau nak wat dinner or lunch boleh naik atas lagi ade restoran berputar...kena berator pulak naik lift yang sesak tu. sebab ada lawatan budak-budak tadika..cute je diorang tu...suke je naik atas tempat tinggi..Tak sedar yang aku pon sama excited jugak kan...hahah:) 

nie la tempatnya nya..




tengok ape la tu kan..



time aku pulak nak tengok keindahan Alor setar ni..
heheh.  :)






pemandangan dari atas..

ruang legar kat atas sekali..

ade kedai souvenir

ice cream...yummy..

bodyguard :P

fulamak rasa macam pegang betol-btol kan..haha

replika je ok..

wink


pipi bolat...hahah

menara alor setar!!


ok..tu je
kbai..Wasalam

14 October 2012

Blackout, Muet, 2 test, 1 quiz!!!

Assalamualaikum..
hye reader..hmm. apa nak cerita eh malam nie. Dan sebenarnya kepala aku ni rasa nak  pening, pecah dah tak tahu nak berfikir apa lagi. Esok  15 Oktober 2012 bersamaan hari Isnin. Yang amat mentensionkan kepala ni Boleh la pulak lecturer buat 2 test, 1 quiz. Haa hambek kaw.. Suka sangat kan kelas batal, so ni la akibatnya ..huhu.. dah la denagn speaking MUET lagi pagi tu. apa la nak jadi so nanti. Wish me luck ok.:(

Weekend nie, sabtu pegi mencari karen diluar sebab niat dihati nak tudy dalam bilik je. Tup-tup lampu tetiba terpadam..haaa...ambik kaw. Rupanya blackout la pulak 1 politeknik ni kan. Suka sangat budak-budak ni. Berjimba dalm bilik sambil melalak.. aku pon ape lagi mandi-manda siap, call my cinta, "Jom study kat library Arau"... baik mem..Haha.. Dan sesampai di library tu, punya la ramai, putus harapan aku nak berdiskusi..huahua..So now cari tempat makan, and jalan pegi tempat santai dekat tasik melati. Dengan hujan nye. berdiri la nampak gayanya. haha. Start enjin, jalan pegi pusing mana-mana and terus balik. 

Sesampai di kamsis,berita terus menjengah tanpa beri salam menyatakan karen tak da lagi.. adeh..Apa nak buat ni, Study tak lagi..dan aku terus berlari naik untuk mandi sebelum sinar senja hilang. Bilik air punya gelap,huhu . then terus duduk dalam bilik diam-diam. Yang roomate aku pulak makan roti sambil bersila..apa lagi join la.. dengan diterangi lampu flash fone dia yang canggih sangat tu ka...heheh :p main la shadow..hahah...teringat zaman kecik-kecik dulu skua sangat main shadow tu dekat dinding. Kenyang terus tido sementara tunggu lampu hidup.. Tup-tup sedap landing atas katil, lampu ON!!..apa lagi (menjerit la kat tingkap) macam tak penah ade karen pulak kan)...hahah.. bermakian budak-budak ni lepas lampu hidup..Tu la hidpu seorang siswazah yang tak boleh hidup tanpa lampu dan AIR...hahah memang cari nahas la kan kalau weekend selalu tak da. Syukur...heheh..

Alamatnya hari ahad pagi la aku study kaw-kaw punya..rajin berjam-jam duduk kat meja wat mind map.
Semua ni terjadi pada weeken yang sungguh sadis..:( huhu

So, tu je nak cerita minggu ini. 
kbai.:)
wasalam.

7 October 2012

Kursus dot dot dot :)


Assalamualaikum.
Hye reader.baru je beberapa minggu tak bukak blog, changed layout plak kan blog ni. Sampai aku pon tak paham. Haha. Bila dah godek-godek lama-lama baru expert sikit. cuma better yang dulu lagi.. user friendly. sekarang dah pening nak cari mana satu nak view. Haha, but its ok la tu. Tukar baju la kot..:p

Haa, sebenarnya entry kali ni nak cerita sikit pasal perasaan masa pergi Kursus Kahwin tadi. Opps..jangan pikir panjang-panjang ea. Stop takat tu dulu. Baca bagi habis ok?. pergi kursus kahwin nie bukan nak kawin direct lepas dapat sijil. Saje je aku ambil dulu. Pakej student dekat Politeknik ni murah dan berbaloi, hanya RM65 saja.: murah kan?? so dengan sepantas kilat aku pergi mendaftar dengan My Cinta :) Hajat di hati nak merasa saat-saat macam mana orang yang bakal berkahwin bersiap sedia untuk melayari bahtera perkahwinan. Salah satu nya adalah dengan ambil kursus kahwin. Alhambdullah aku baru je selesai step tu. So next step belum tahu lagi bila. Tunggu habis belajar dulu kot baru pikir next step.

Banyak pengisian yang aku belajar dalam kursus kahwin selama 2 hari. Antaranya cara-cara pengurusan sumber bila sudah ada keluarga iaitu cara-cara nak urus perbelanjaan keperluan dan kehendak. Ada jugak cara-cara pengurusan stress jika ada masalah dengan pasangan. Juga boleh dipraktik dalam kehidupan seharian seperti jika ada masalah try bawa berbincang ataupun mesyuarat. hehe:) baru erat. Then, ditambah pulak dengan procedur sebenar untuk berkahwin kalau kedua-duanya orang dalam negeri atau luar dari negeri kelahiran kita. Procedur tu sangat penting untuk diketahui oleh bakal pengantin, supaya tak ada masalah bila nak akad nikah. Medical test pon kena ambil berat jugak.

Haha,.rasa macam nak kawin je pulak kan. hehe belum sampai serunya lagi. Insyallah kalau ade jodh tak kan kemana. Cuma nak share je apa input yang dapat dari kursus tu. So nanti senang dah tahu stepnya, mudah untuk membuat persediaan.

so tu je setakat nie.
kbai.
wasalam.:)

14 September 2012

Karnival Nasyid Peringkat Politeknik 2012

Assalamualaikum.
Hye reader!..actually Karnival Nasyid ini dah habis seminggu lepas. tapi late update sebab busy dengan macam-macam presentation, quiz and test. Huhu.. Biasalah masok semester 5 ini, benda-benda ini la yang nak kena menghadap tiap minggu. Lumrah sebagai seorang pelajar. heheh :) Ok, let we start about story pasal Karnival Nasyid Peringkat Politeknik 2012. Actually aku tak terlibat pon dengan nasyid ini. aku bagi sokongan untuk My cinta as wakil Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dalam competition tu. Group diorang diberi nama "Aqasha" (macam nama pelakon tu haha) berkat diorang berlatih sebulan lebih membuahkan hasil. Politeknik kami mendapat tempat ke-2 dalam Nasyid kategori (tradisional)dan persembahan terbaik bagi ketgori moden kontemperori.. Congrate!!Diorang bawa 2 buah lagu, kategori moden kontemperori dan tradisional..pemenangnya just ikot kategori je. yang keseluruhan pemenang nasyid tak da hadiah pon..huhu..group ini dilatih oleh Ustaz Fitri yang comel. heheh :) Alhamdulillah berjaya juga mengharumkan nama Politeknik..Like banyak kali..

di bawah ni desertakan sekali foto-foto penting...heheh

so sweet..:)

tia,wawa,wancha,man,ridwan

haha..macam aku pulak yang nasyid sekali..(jgn salah paham ye kawan-kawan)
saja pakai baju sama dengan geng-nasyid..

My cinta 

My cinta dengan budak kelas yang beri sokongan.

Raja Perlis..:) Daulat Tuanku

My cinta terima hadiah and ambik berkat salam dari Raja Perlis...:)

time nak bersurai..huhu

Medal pemenang.:)






9 September 2012

Open House + Jalan-jalan

Assalamualaikum..

wehuu...korang semua. Hari nie aku nak update pasal Open house rumah budak-budak kelas semalam. Sebenarnya open house ni dah banyak kali dipostpone sebab ramai budak kelas nak balik KL. so minggu ni la masa yang sesuai untuk pergi rumah diorang. herm. Aku naik kereta wani yang vogue itu. Sangatla rasa macam naik roller coaster habaq hang. ahaha :) perjalanan kiteorang bermula dari rumah Ija. sampai je dekat Padang besar, dia suruh tunggu dekat ladang burung "wish-wish" bak kata Shahani (budak kelas) tapi sebenarnya burung Ostrich. hahaha :) sambil-sambil menunggu kiteorang pon main-main dengan burung Ostrich tu, siap bagi makan lagi. Burung tu makan kangkung,tapi,pakcik yang jaga tu tak da, so kiteorang pon decide ambil kangkung dekat bilik kaunter kosong tu dan letak duit Rm1. Baik sangat kan. heheh :)  Masa nak letak makanan tu, aku punya la beria-ria , tapi bila dah hadap muka burung Ostrich, menggeletar aku dibuatnya.. haha takut kot. kepala dia dahla panjang, sekali di ngap tangan aku,tak ke naya?? huhu dan akhirnya aku pon berjaga bagi makan dekat burung Ostrich. So, part burung Ostrich dah habis, sekarang sambung perjalanan pergi rumah Ija dekat Felda Mata Air, Padang Besar, Perlis. Dekat sana makan laksa dan kari ayam plus ketupat palas. Memang superb!! aku makan sepinggan penuh laksa. Dah kata memang favourite aku..Lepas tu sambung pulak makan ketupat palas dengan kari ayam. Done! Lepas kenyang mengisi perot. kiteorang sambung perjalanan ke Padang besar, because ade budak kelas nak pergi shopping kejap. Jalan-jalan dan terus gerak pegi rumah Amzar budak kelas kiteorang, tapi sedinya, aku terpaksa balik, My Cinta dah datang ambik dekat rumah Amzar because ade hal penting, kawan dia accident.. so terpaksa mintak excuse dekat Amzar untuk balik. huhu. Sori ye Amzar..heheh..nanti lain kali aku datang lagi rumah ko k..di bawah aku selitkan gambar bersama budak kelas.










25 August 2012

Kembali..

Assalamualaikum,


Hye korang semua.. malam nie aku dah nak gerak balik Perlis suda.Rasa kejap je masa berlalu. Cuti raya tahun nie pendek sangat la pulak kan. Tak puas la nak beraya di rumah. Huhu. Tapi nak buat macam mane. dah tu la adat resam orang belajar jauh-jauh nie ha.. Kalau pun cuti lama pun duduk rumah je kan. Tak tahu nak buat ape. Member-member pon tak sempat nak jumpa. Rindu sangat dekat Nurul Amira, Atikah, Haya Sofia, Faiz, Mahlis, Danish and Izmir. Tahun nie tak sempat beraya dengan korang semua macam dulu-dulu. Aku ingat lagi kita beraya setiap rumah geng-geng kita sampai kena kejar dengan *Anjing* haha. yang pakai kasut tinggi semua tanggal dan lari pakai kaki ayam. haha. dah baru hujan time tu.. memang basah la jalan kaki.. Lepas tu lepak kat tepi tasik sembang-sembang. Tu la saat yang aku tak boleh lupakan. Rasanya kalu tak salah aku time aku form 3 kot. dah 4 tahun dah berlalu. sekarang zaman dah berubah. masa pon susah nak cari. payah nak cari masa for gathering. sebab semua dah belajar jauh. 2 orang dekat Melaka, 1 kat Pahang, aku kat Perlis  and 3 orang dekat K.L..berpecah semuanya..harap kita akan set satu masa untuk jumpa balik.. Miss korang sangat-sangat.:)
k bai.

22 August 2012

Aidilfitri!!

Assalamualaikum.

Hye korang semua..,hari ni raya ke-empat. So rajin la pulak tangan ni nak menaip cerita raya tahun ni. Banyak yang best dan banyak yang kelakar. Bermulanya 29 Ramadhan aku dah gerak balik Selangor, naik bus Shamisha tepat jam 12.30 tengah malam,. Sesampainya kat bus stop Jalan Duta, ayah dan mak ready tunggu kat situ menanti kepulangan ankanya..haha. Lepas ja menjejaki rumah dalam pukul 6 lebih, tido dan bagun siap-siap untuk gerak pegi shopping last kopek punya pasal. Shopping pon bukan jauh mana pon, Tesco Curve je.. Mencari tudung akak aku nie haa. Kelam kabut aku dibuatnya. tengah-tengah pilih barang, ayah dah call kata dah ob the way keluar rumah nak ambil kiteorang kat curve for balik raya. apa lagi. Tolak troli dengan laju mungkin. dah macam program realiti tv lah pulak time tu. Ala-ala program bagi RM1000, kena habiskan dalam masa 15minit. Hahaha. macam tu la kiteorang.terus la keluar dari Tesco, boleh pulak sesat tak jumpa pintu keluar, sebab diorang tengah buat renovation, last-last tnya akak kat bawah tu, then finally jumpa jalan keluar..so jalan-jalan,bila dah jumpa tudung dekat area bawah Metrojaya tu, abang kat situ ambil kesempatan naikkan harga tudung pulak. Tapi dah nak buat macam ne,kesuntukan waktu, so beli je la.habis  untuk shopping, so gerak untuk balik kampung.


Tahun nie 1st raya dekat Perak dulu,. raya kedua baru balik Sekinchan.. Walaupun dah umor meningkat naik. tapi nak tahu aku hanya duduk rumah dan makan je kejenya boleh dapat duit raye RM106..yang adik aku tu jenuh pegi beraya rumah tah sesapa yang dia tak kenal kat kampung tu, sama je lebih kurang dengan aku.. Kelakar je.. but, best pulak, sudah besar makin besar la amaun duit yang dapat dari pakcik makcik kat kampung tu. Terima Kasih ye semua. Ok la. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada yang mengenali diri ini dan sahabat handdai yang jauh tah kemana-mana.. :)


#disini aku selitkan foto-foto berlangsungnya hari raya di kampung 
bersama Keluarga Tercinta..muaahxx


akak, mak and aku

my siblings

baru lepas jalan-jalan raya

kemabr tak seiras..haha

Titi (kucing ) kesayangan akak

posing raya

poss gitar...ala-ala najwa latip gitu..hahah..nama sama plak tu.tp aku najwa nazelan.:)


bergambar dengan matahari terbenam

love it...sweet:)

cousin si baju hijau